Monday, February 14, 2011

Program Ketua Masyarakat Bersama JKKK / Masyarakat


Program Ketua Masyarakat Bersama JKKK/Masyarakat
Program pertama - Kpg Selampit Lundu
Pada - 28 Jan 2011.

Tujuan program tersebut dijalankan adalah untuk merapatkan hubungan yang sedia erat di antara Ketua Masyarakat, JKKK dan Masyarakat Kampung itu sendiri.

Program tersebut berjalan dengan lancar walaupun hanya sebilangan kecil penduduk kampung yang hadir. Namun, sambutan ke atas pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh saya mendapat sambutan yang amat baik sekali. Kajian telah saya buat ke atas beberapa pendudk Kampung Selampit beberapa hari kemudian dan mendapati mereka amat berpuas hati dengan program tersbut. Saya amat yakin dengan adanya program itu, JKKK dan penduduk Kampung Selampit akan bekerjasama untuk memajukan kampung mereka. Hasil daripada program tersebut saya mendapati pentadbiran di Kampung Selampit memerlukan banyak bimbingan dan tunjuk ajar. Apa-apa pun saya yakin dengan adanya barisan JKKK yang bakal dilantik, pentadbiran Kampung Selampit akan lebih mantap lagi.

No comments:

KLINIK KESIHATAN KAWASAN STUNGKOR, LUNDU Impian rakyat Stungkor dan kawasan sekitarnya untuk mendapat perkhidmatan kesihatan ki...