Wednesday, June 2, 2010

KEJAYAAN SAYA/AJKKK KAMPUNG RASO II

Setelah Dilantik sebagai Ketua Kaum Kampung Raso II, saya bersama AJKKK Kampung Raso II telah berjaya membawa sedikit perubahan seperti berikut:
1. Mengurangkan aktiviti minum minuman keras secara terbuka
2. Mengurangkan aktiviti judi haram
3. Pergaduhan semasa keramaian..
4. Merapatkan hubungan baik di antara penduduk kampung
Disamping itu juga, saya serta AJKKK Kampung Raso II telah berjaya mendapatkan Dua Buah Rumah PPRT untuk penduduk kampung termiskin. (Yang dipohon adalah 3 buah - diluluskan 2 buah)
Satu lagi projek utama yang masyarakat Kampung Raso II nanti-nantikan pula ialah projek BELB (Bekalan Elektrik Luar Bandar). Ia telah diluluskan pada akhir Tahun 2009 dan kini dalam pembinaan. (Hampir 90% Siap) Kelulusan turut diberi kepada projek Bekalan air Bersih dari LAK. (Penyambungan paip sedang dalam proses)
Selain daripada itu beberapa projek kecil kampung telah pun diperolehi seperti Naik Taraf Jalan Kampung.
Beberapa projek baru telah dimohon /dirancang untuk kesejahteraan Penduduk Kampung Raso II seperti berikut:
1. Bilik Gerakan
2. Naik Taraf Balai Raya
3. Naik Taraf Empangan Air yang sedia ada (Gravity Feed System)
4. Dewan Samaguna
5. Berhala(Pangibalik @ Tempat menyembah bagi Kaum Pagan)
6. Sistem perparitan dalam kampung (Dlm perancangan)
Ucapan Terima kasih
Salam 1 Malaysia...Saya mewakili Masyarakat Kampung Raso II, Lundu merakamkan jutaan terima kasih di atas pemberian projek-projek yang dipaparkan di atas. Terima kasih yang tidakk terhingga kepada ADUN N 1 OPAR - YB Ranum Mina, Ahli Parlimen P192 -Mas Gading - YB Datuk Dr. Tiki Lafe danL. D.O -Encik Azmi Bujang yang mewakili Kerajaan Malaysia .

KLINIK KESIHATAN KAWASAN STUNGKOR, LUNDU Impian rakyat Stungkor dan kawasan sekitarnya untuk mendapat perkhidmatan kesihatan ki...