Saturday, April 2, 2011
Lantern Walk Anjuran Gereja Katolik Zon Batang Kayan
Raso I/II, Sabtu 2 Apr 2011 Lantern Walk Peringkat Batang Kayan telah diadakan pada 2 April 2011. Upacara bermula dari Balai Raya Kpg Raso I dan ditamatkan di Gereja St Catherine, Raso II. Dianggarkan 300 orang mengambil bahagian dalam peralakan tersebut. Ia diadakan adalah bertujuan untuk menyedarkan betapa sukarnya Nabi Isa (Jesus) mengharungi saat-saat kematianNya. Di kesempatan itu para umat juga dikehendaki memikul kayu salib sambil berjalan dari satu stesen ke satu stesen bermula daripada stesen pertama sehinggalah stesen yang keempat belas.
Wednesday, March 16, 2011
Bermain Musik boleh Mengurangkan Penyakit Mental
Kawan,.. Adakah kamu ketahui bahawa bermain musik adalah salah satu cara untuk mengurangkan penyakit mental. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Di mana gegaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai satu ubat yang memulihkan.
Oleh yang demikian, kajian yang saya lakukan sepanjang 5 tahun mendapati bahawa dengan bermain musik ia dapat membantu mengurangkan stress dan sebagainya..Maka dengan ini, saya ingin menggalakan anda semua agar mempelajari muzik bagi membantu anda mengurangkan kadar tekanan mental yang dialami.
Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada anda terhadap tajuk ini,...... apa komen anda?
Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada anda terhadap tajuk ini,...... apa komen anda?
Saturday, February 26, 2011
Program Ketua Masyarakat Bersama JKKK / Masyarakat Kpg Stom Muda
Program Ketua Masyarakat Bersama JKKK dan Masyarakat Kampung Stom Muda, Lundu
Tarikh: 26 Februari 2011
Jam: 7:30 Malam
Tempat: Balai Raya Kpg Stom Muda
Kehadiran: 50 termasuk Penghulu dan Para Jemputan.
Tarikh: 26 Februari 2011
Jam: 7:30 Malam
Tempat: Balai Raya Kpg Stom Muda
Kehadiran: 50 termasuk Penghulu dan Para Jemputan.
Wednesday, February 16, 2011
Program Ketua Masyarakat Bersama JKKK / Masyarakat Kampung Stungkor Baru
Program Kedua - Kampung Stungkor Baru
Tarikh: - 12 Feb 2011
Tempat: - Balai Raya Kpg Stungkor Baru
Program tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Sambutan daripada JKKK dan masyarakat kampung amat memuaskan. Saya klasifikasikan sebagai telah mencapai objektifnya. Di antara objektif yang saya inginkan ialah;
1. Mengembalikan hubungan baik di antara JKKK dan masyarakat kampung tersebut dan sebaliknya.
2. Menerangkan bagaimanakan projek kampung itu diagihkan dan sebagainya.
Tarikh: - 12 Feb 2011
Tempat: - Balai Raya Kpg Stungkor Baru
Program tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Sambutan daripada JKKK dan masyarakat kampung amat memuaskan. Saya klasifikasikan sebagai telah mencapai objektifnya. Di antara objektif yang saya inginkan ialah;
1. Mengembalikan hubungan baik di antara JKKK dan masyarakat kampung tersebut dan sebaliknya.
2. Menerangkan bagaimanakan projek kampung itu diagihkan dan sebagainya.
Monday, February 14, 2011
Program Ketua Masyarakat Bersama JKKK / Masyarakat
Program Ketua Masyarakat Bersama JKKK/Masyarakat
Program pertama - Kpg Selampit Lundu
Pada - 28 Jan 2011.
Tujuan program tersebut dijalankan adalah untuk merapatkan hubungan yang sedia erat di antara Ketua Masyarakat, JKKK dan Masyarakat Kampung itu sendiri.
Program tersebut berjalan dengan lancar walaupun hanya sebilangan kecil penduduk kampung yang hadir. Namun, sambutan ke atas pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh saya mendapat sambutan yang amat baik sekali. Kajian telah saya buat ke atas beberapa pendudk Kampung Selampit beberapa hari kemudian dan mendapati mereka amat berpuas hati dengan program tersbut. Saya amat yakin dengan adanya program itu, JKKK dan penduduk Kampung Selampit akan bekerjasama untuk memajukan kampung mereka. Hasil daripada program tersebut saya mendapati pentadbiran di Kampung Selampit memerlukan banyak bimbingan dan tunjuk ajar. Apa-apa pun saya yakin dengan adanya barisan JKKK yang bakal dilantik, pentadbiran Kampung Selampit akan lebih mantap lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KLINIK KESIHATAN KAWASAN STUNGKOR, LUNDU Impian rakyat Stungkor dan kawasan sekitarnya untuk mendapat perkhidmatan kesihatan ki...
-
Stum Muda, 07 Feb 2014 Kenangan semasa mesyuarat pencalonan Ketua Kaum bagi Kampung Stum Muda. Pencalonan Ketua Kaum diadakan adalah k...
-
KLINIK KESIHATAN KAWASAN STUNGKOR, LUNDU Impian rakyat Stungkor dan kawasan sekitarnya untuk mendapat perkhidmatan kesihatan ki...
-
Program Ketua Masyarakat Bersama JKKK dan Masyarakat Kpg Bitokan, Lundu - 19.2.2011 (Sabtu) Program tersebut berjalan dengan lancar, teratur...