1. Mengurangkan aktiviti minum minuman keras secara terbuka

2. Mengurangkan aktiviti judi haram
3. Pergaduhan semasa keramaian..
4. Merapatkan hubungan baik di antara penduduk kampung
Disamping itu juga, saya serta AJKKK Kampung Raso II telah berjaya mendapatkan Dua Buah Rumah PPRT untuk penduduk kampung termiskin. (Yang dipohon adalah 3 buah - diluluskan 2 buah)
Selain daripada itu beberapa projek kecil kampung telah pun diperolehi seperti Naik Taraf Jalan Kampung.
Beberapa projek baru telah dimohon /dirancang untuk kesejahteraan Penduduk Kampung Raso II seperti berikut:

1. Bilik Gerakan
2. Naik Taraf Balai Raya
3. Naik Taraf Empangan Air yang sedia ada (Gravity Feed System)
4. Dewan Samaguna
5. Berhala(Pangibalik @ Tempat menyembah bagi Kaum Pagan)
6. Sistem perparitan dalam kampung (Dlm perancangan)
Ucapan Terima kasih
Salam 1 Malaysia...Saya mewakili Masyarakat Kampung Raso II, Lundu merakamkan jutaan terima kasih di atas pemberian projek-projek yang dipaparkan di atas. Terima kasih yang tidakk terhingga kepada ADUN N 1 OPAR - YB Ranum Mina, Ahli Parlimen P192 -Mas Gading - YB Datuk Dr. Tiki Lafe danL. D.O -Encik Azmi Bujang yang mewakili Kerajaan Malaysia .