Friday, November 16, 2012

2 Jam Bersama Penghulu Jinep di Kpg Selampit

Satu sesi "2 jam bersama Penghulu Kawasan Stungkor Daerah Lundu"  (Penghulu Jinep) dijangka akan diadakan sebelum berakhir tahun 2012 ini nanti.

Kampung yang dipilih bagi sesi itu nanti adalah Kampung Selampit manakala kampung-kampung yang lain pula akan diadakan pada tahun 2013.

Diantara perkara yang akan disentuh nanti ialah:
  • tatacara menyelesaikan masalah masyarakat pada peringkat komuniti sendiri
  • tatacara menyelesaikan masalah masyarakat pada peringkat Ketua Kaum dan 
  • tatacara menyelesaikan masalah pada peringkat Ketua Masyarakat - Penghulu
  • sesi dialog/Soal jawab
Tujuan sesi itu diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat dan JKKK agar dapat mengurus serta menyelesaikan sebarang masalah di dalam komuniti itu sendiri.

Tarikh dan tempat akan dimaklumkan nanti.

Harap maklum..

Saya mengalu-alukan tuan/puan terutama para Kakitangan kerajaan, Swasta dan orang perseorang yang mempunyai idea untuk dikongsikan agar dapat hadir bersama.

Sebarang komen,.. sila e-mailkan -   jinepj@yahoo.com

KLINIK KESIHATAN KAWASAN STUNGKOR, LUNDU Impian rakyat Stungkor dan kawasan sekitarnya untuk mendapat perkhidmatan kesihatan ki...